28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh

Setiap kes yang diputuskan oleh mahkamah tidak mempunyai sebarang agenda, sebaliknya ia berdasarkan undang-udang dan selaras dengan peruntukan sedia ada. 

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes membabitkan tokoh-tokoh dan personaliti tertentu.

Beliau berkata, kebiasaannya dalam setiap kes mahkamah yang diputuskan, akan ada pihak yang berpuas hati dan sebaliknya.

“Itu lazim…yang menjadi luar biasa dalam kes-kes melibatkan tokoh atau personaliti tertentu, sokongan atau kecaman agak luar biasa kerana umum mengetahui saya sendiri pun pernah mendapat ancaman bunuh.

“Serius atau tidak, itu soal lain tapi ia mencapai tahap begitu sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Tengku Maimun berkata, berdasarkan pemerhatiannya apabila sesuatu kes melibatkan tokoh-tokoh tertentu, komen-komen yang ditujukan terhadap badan kehakiman agak keterlaluan, berat sebelah dan berbaur politik, bukannya komen yang membina.

Sementara itu, Tengku Maimun berkata, setiap kes yang diputuskan oleh mahkamah tidak mempunyai sebarang agenda, sebaliknya ia berdasarkan undang-udang dan selaras dengan peruntukan sedia ada. 

“Saya mengharapkan masyarakat di luar sana memahami struktur proses undang-undang di negara ini sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan ketidakfahaman.

“Jadi fahami dulu, kemudian jika masih tidak faham bertanyalah kepada orang-orang yang faham dan jangan membuat kenyataan-kenyataan yang keterlaluan,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan