27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Gangguan bekalan air di Gombak, KL pulih 59 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMULIHAN bekalan air di kawasan terjejas susulan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh telah mencapai 59 peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, 51 daripada 83 kawasan yang terjejas di Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih, manakala bekalan air di 32 kawasan lagi dijangka pulih 9 malam ini.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,”katanya.

Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian, selain menggunakan air secara berhemah.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Baca juga:   Kes Siti Bainun: Tiga peguam tarik diri

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Bot nelayan tempatan tiada lesen ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen...

Lagi Artikel Berkaitan