28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cari penyelesaian isu harga makanan kantin sekolah dijual mahal

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil Bumiputera.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mencari jalan penyelesaian menangani isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah bagi memastikan ibu bapa tidak terus terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, rungutan ibu bapa sudah didengari sejak bermulanya sesi persekolahan 2023 tetapi sehingga hari ini, belum ada apa-apa kenyataan daripada menteri bertanggungjawab.

“Ini sekali lagi bukti bahawa Menteri PH-BN tidak kompeten menjaga nasib rakyat dan menteri-menteri golongan kayangan ini gagal merasai denyut nadi kesusahan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Wan Saiful berkata demikian ketika mengulas mengenai peningkatan 50 peratus harga makanan di kantin sekolah kerana peningkatan harga bahan mentah di pasaran.

Beliau berkata, antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah pemberian moratorium sewa atau subsidi kos operasi kepada pengusaha kantin yang kebanyakannya adalah usahawan kecil Bumiputera.

Tegas ahli Parlimen Tasek Gelugor itu lagi, kerajaan juga mesti mencari penyelesaian bersama dengan pengusaha kantin.

“Sepatutnya Menteri Pendidikan PH-BN ini segera bertemu pengusaha kantin untuk membincangkan penyelesaian dan mencapai kata sepakat.

“Sebagai kerajaan, bantulah rakyat. Bukan sibuk berebut kuasa dan bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, hasil pertemuannya bersama ibu bapa di sekitar kawasan Tasek Gelugor sejak dua hari lalu, ramai mengeluh bukan saja mengenai harga makanan di sekolah, malah isu kenaikan tambang bas sekolah yang belum selesai. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan