25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami isteri jadikan rumah stor simpan dadah diberkas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah didalangi suami isteri yang menjadikan rumah dan kereta sebagai transit stor penyimpanan apabila pasangan tersebut dicekup polis di rumah mereka di Taman Aman, Senai pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pasangan suami isteri yang berusia 34 dan 30 tahun itu dicekup hasil daripada Op Khas yang dijalankan sekitar Kulai dan Iskandar Puteri bermula pada Sabtu hingga Selasa.

Katanya, selain pasangan suami isteri berkenaan, 11 lagi suspek turut ditahan menerusi empat serbuan berasingan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

“Bermula pada jam 6 petang pada Sabtu hingga jam 2 pagi pada Selasa, seramai lapan suspek lelaki dan lima wanita tempatan berusia lingkungan 21 hingga 55 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

“Kesemua suspek ditahan bersama dadah terdiri daripada 74.85 kilogram (kg) dadah bersamaan 76 ketulan mampat, 1,643 biji pil ecstacy, 9.29 kg heroin dan tujuh peket ketamin.

Advertisements

“Dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 123,833 penagih dan dianggarkan bernilai RM362,022

“Selain itu, polis turut menyita tujuh buah kereta, tiga buah motosikal dan pelbagai barangan kemas dengan keseluruhan nilai sitaan sebanyak RM319,950,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa, memetik laporan Sinar Harian.

Kamarul Zaman berkata, sindiket yang aktif sejak empat bulan lalu menjadikan rumah teres dan kereta sebagai stor simpanan sebelum dadah diedarkan ke pasaran tempatan dan negara jiran berdekatan.

“Hasil saringan urin mendapati kesemua suspek negatif sementara semakan rekod pula mendapati enam suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan