27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

KPM salur RM150,000 selenggara SK Pulau Rusa pasca banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah bersetuju untuk memberi peruntukan RM150,000 bagi membantu proses penyelenggaran Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa, Kuala Terengganu pasca banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam lawatannya ke sekolah berkenaan hari ini, sekolah itu menerima impak yang besar akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurutnya, prasarana dan premis sekolah terjejas akibat bah yang melanda.

“KPM telah bersetuju untuk memberi peruntukan RM150,000 bagi membantu proses penyelenggaran sekolah pasca banjir.

“Semoga bantuan ini dapat menyegerakan proses penyelenggaraan agar para guru dan murid dapat bekerja dan belajar dalam suasana yang lebih selesa,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Fadhlina lagi, meskipun beliau sering menekankan mengenai kepentingan pembangunan dan menaiktaraf sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak, itu tidak bermakna hal-hal pembangunan sekolah di semenanjung ini dipinggirkan.

Baca juga:   Tinggalkan kereta di Jambatan Kedua sebelum terjun laut

“Ia masih keutamaan saya dan KPM secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, pada 24 Disember lalu, KPM menyediakan peruntukan penyelenggaran sebanyak RM50 juta bagi membaiki dan membaik pulih sekolah-sekolah yang terjejas serta rosak akibat banjir.

Fadhlina dilaporkan berkata, pihaknya ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung kerosakan sekolah-sekolah yang terlibat.

“KPM memang ada peruntukan penyelenggaran untuk sekolah terjejas dan terkesan akibat banjir khususnya di Terengganu serta Kelantan, setakat ini saya dimaklumkan sebanyak 287 buah sekolah dilanda banjir di seluruh negara, namun masih tunggu jumlah (sekolah) yang rosak,” katanya.

Baca juga:   Vaksin sinar baharu menentang Covid-19 - Noraini

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Mahkamah tolak permohonan Zahid dapatkan pasport secara kekal

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar pasportnya dikembalikan secara kekal bagi...

Lagi Artikel Berkaitan