34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Usaha menteri mahu tangani kandungan bersifat provokatif dipuji

Forum Kandungan sedia untuk bekerjasama dalam perkara-perkara berkaitan kawal selia kendiri, terutamanya membabitkan ekosistem kandungan di Malaysia merangkumi bidang penyiaran, digital dan media sosial.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FORUM Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) memuji hasrat Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang mahu kandungan yang mengandungi unsur provokatif ditangani secara holistik dengan kadar segera.

Pengerusi Forum Kandungan, Kenny Ong berkata, ini termasuklah untuk menangani isu-isu yang menekan dalam ruang digital hari ini seperti penipuan dalam talian dan perlindungan data peribadi di Internet sebagai antara fokus utama beliau.

“Kami memuji tindakan pantas dan segera dari pihak beliau (Fahmi Fadzil) untuk menangani kegusaran-kegusaran terkini mengenai kandungan media sosial yang bersifat provokatif.

“Mengambil kira misi utama kami untuk mempromosikan kawal selia kendiri, kami turut mengambil berat tentang isu yang sama berkenaan keselamatan Internet dan isu-isu terkini dalam media sosial, termasuklah inisiatif untuk membendung penyebaran berita palsu, kandungan provokatif, ucapan bernada benci dan ekstremisme seperti yang telah digariskan di dalam Kod Kandungan 2022 yang telah diterbitkan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kenny Ong menegaskan sebagai sebuah forum industri yang ditubuhkan di bawah SKMM, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Fahmi Fadzil dan sedia untuk bekerjasama dalam perkara-perkara berkaitan kawal selia kendiri, terutamanya membabitkan ekosistem kandungan di Malaysia merangkumi bidang penyiaran, digital dan media sosial.

“Forum Kandungan telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan pelbagai platform media sosial, termasuklah TikTok untuk bekerjasama menimbulkan kesedaran dan menggalakkan para pengguna media sosial untuk mengamalkan kawal selia kendiri dalam penghasilan, penghantaran dan perkongisan sebarang kandungan.

“Sebagai salah sebuah entiti yang memperjuangkan kawal selia kendiri, Forum Kandungan terdiri daripada para pemain utama dalam industri kandungan komunikasi dan multimedia, merangkumi para penyiar, pengiklan, badan-badan pengiklanan, pencipta kandungan, pembekal perkhidmatan akses Internet dan kumpulan-kumpulan sivik,” katanya.

Malah menurut beliau, gabungan perwakilan para pengamal industri yang dinamik dan kukuh itu juga memastikan bahawa piawaian kandungan terus dibangunkan ke arah mewujudkan sebuah medan yang adil dan saksama yang mampu menggalakkan pertumbuhan yang berdaya saing dan lestari dalam industri.

“Penjenamaan semula Kementerian untuk memberi penekanan kepada Komunikasi Digital menandakan kepentingan kesalinghubungan kehidupan masyarakat yang semakin meningkat dalam dunia yang semakin terhubung, sekaligus membuktikan keperluan kawal selia kendiri dalam dunia digital.

“Kami percaya ini juga selari dengan visi SKMM untuk  mewujudkan sebuah industri komunikasi dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan menekankan kawal selia kendiri untuk kekal relevan seiring dengan peredaran zaman.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan para pemain industri dan orang ramai untuk turut bersama Forum Kandungan dalam usaha untuk membina sebuah ekosistem kandungan yang selamat untuk semua.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan