28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Laporan ‘telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh’ palsu

Kementerian berkenaan turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak disahkan atau palsu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini menafikan kesahihan gambar berkaitan berita punca kekurangan bekalan telur yang tular di media sosial.

Kementerian berkenaan dalam satu hantaran di Facebook berkongsi tangkap layar imej seolah-olah laporan berita dengan tajuk ‘bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh’, beserta gambar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

“Maklumat yang memuat naik di media sosial melalui akaun media sosial bertajuk ‘Bekalan Telur Kurang Kerana Ayam Enggan Bersetubuh’ adalah palsu.

“Untuk makluman, ini merupakan suntingan akaun palsu dan bukan akaun rasmi Astro Awani,” menurut hantaran itu.

Advertisements

Kementerian berkenaan turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak disahkan atau palsu.

Semalam, Mohamad berkata kerajaan akan mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan dalam negara.

Hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata dia akan bertemu dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan esok bagi membincangkan isu tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan