25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Urus KBS: Hannah tagih idea, pandangan Khairy

Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan - Hannah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bertemu dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mendapatkan idea dan pandangan dalam menguruskan kementerian tersebut.

Beliau percaya, pengurusan sesebuah portfolio khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memerlukan kepimpinan inklusif termasuk melibatkan bekas-bekas menterinya.

“Perjumpaan bersama Khairy untuk mendengar idea, pandangan dan pengalaman beliau semasa di KBS.

“Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” katanya.

Untuk rekod, Khairy menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan bermula 2013 hingga 2018 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Sepanjang memegang portfolio tersebut, bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah mengendalikan temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2018.

Advertisements

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dipilih menerajui KBS pada 2 Disember lalu.

Pemilihan Hannah yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menerajui KBS.

Beliau menjadi menteri wanita kedua menerajui KBS selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menjawat jawatan itu pada 2004 hingga 2008 ketika bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Tahun depan, sekurang-kurangnya dua temasya sukan utama di rantau ini yang memerlukan perhatian KBS akan berlangsung iaitu Sukan SEA di Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhou, China.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan