Thursday, June 4, 2026

Tahniah UMNO dan DAP, selamat pengantin baru’ – Shahidan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim secara sinis mengucapkan tahniah atas ‘perkahwinan’ antara Umno-Barisan Nasional (BN) dan DAP.

Shahidan berkata, sudah tiba masanya kerajaan hari ini menukar nama daripada Kerajaan Perpaduan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) – UMNO.

“Kerajaan Perpaduan ini patut ditukar kepada kerajaan PH/UMNO atau UMNO/DAP.

“Bagaimanapun tahniah Umno sudah berkahwin dengan DAP. Selamat Pengantin Baru,”katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menzahirkan rasa sedih dengan pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan malam tadi, yang didakwa meminggirkan Sabah.

“Saya sedih kerana Sabah dipinggirkan dari Kabinet Kerajaan Persekutuan,”katanya.

Sebelum ini, Shahidan menyifatkan keputusan BN dan UMNO untuk bersama-sama di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tindakan yang mengecewakan akar umbi parti itu dan orang Melayu.

Beliau yang bertanding di Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu berkata, tindakan itu juga mengkhianati keputusan Majlis Kerja Tertinggi serta Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang tegas menyatakan ‘No DAP, No Anwar’. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan