25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Maritim rampas 70 set bubu naga

Kedudukan bubu naga itu dikesan bot peronda Maritim Malaysia berdasarkan hasil maklumat orang awam yang diperolehi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 70 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak di Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan Perak tengahari tadi.

Penahanan itu dilakukan di posisi sekitar 2.8 batu nautika utara jeti pada jam 12.00 tengahari.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kedudukan bubu naga itu dikesan oleh bot peronda Maritim Malaysia berdasarkan hasil maklumat orang awam yang diperolehi.

“Kesemua bubu naga itu kemudiannya dirampas sebelum diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Perak untuk tindakan dan siasatan.

“Penggunaan bubu naga di pesisir pantai boleh mengancam pertumbuhan habitat marin dan menyebabkan kepupusan beberapa spesies ikan sehingga boleh menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

Baca juga:   KKM kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat

“Oleh itu pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya di sini.

Jelasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan memandang serius terhadap sebarang aduan mengenai sikap mementingkan keuntungan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab serta melakukan kesalahan.

“Sebarang maklumat dan aduan mengenai pelanggaran undang-undang di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan