32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah keluarga mangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang berlaku awal pagi hari ini.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya di sini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar operasi itu dilakukan secara rapi dan terancang.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi penghargaan kepada para anggota jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Baginda berdua turut mendoakan agar dipermudahkan urusan dan usaha mencari serta menyelamat semoga mangsa-mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan dengan segera,” katanya. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan