30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki maut motosikal ditunggang rempuh lori rosak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori rosak dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Kota Warisan, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.38 malam itu, Mohd. Zubli Zainal Abidin, 37, meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, daripada siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Kota Warisan dari arah Dengkil.

“Setiba dilokasi, motosikal yang ditunggang merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori yang berada di bahu jalan akibat mengalami kerosakan.

“Kejadian berlaku sewaktu mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Puchong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mangsa yang juga pekerja swasta menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu,” katanya di sini.

Ujar beliau, mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan