36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agong berkenan ke Doha penuhi persilaan peribadi

Seri Paduka Baginda merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA dari tahun 2015 hingga 2019.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, lawatan khas berkenaan adalah atas persilaan peribadi Emir Qatar Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya Piala Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA) Qatar 2022.

“Selain persilaan menyaksikan perlawanan-perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir temasya ke-22 Piala Dunia FIFA itu. Seri Paduka Baginda turut dijadualkan melakukan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Yang Mulia Sheikh Tamim.

“Seri Paduka Baginda turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas ini,” katanya hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember ini.

“Persilaan peribadi Yang Mulia Sheikh Tamim telah dipersembahkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, semasa sesi menghadap di Istana Negara. pada 12 Ogos lepas.

“Seri Paduka Baginda merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA dari tahun 2015 hingga 2019.

“Susulan daripada pemilihan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke- 16 pada awal tahun 2019. Baginda telah berkenan melepaskan jawatan tersebut selaras dengan Perkara 34(2), 32(3) dan 32(4) Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan