29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Permit syarikat lori kemalangan di Gerik digantung sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERMIT operasi syarikat lori yang mengakibatkan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, Perak pada 29 Oktober lalu, akan digantung sementara untuk audit dibuat.

Itu tegas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook yang berkata beliau tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya.

Sehubungan dengan itu, katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarah mengambil tindakan segera berhubung kes kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, Perak pada 29 Oktober lalu yang meragut nyawa bayi dalam kandungan berusia 34 minggu.

“Tindakan perlu diambil terhadap pemandu dan syarikat yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Permit operasi syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Loke turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan bayi sulung mereka.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik di Gerik, Perak baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, nahas itu meragut nyawa bayi sulung mereka dalam kandungan yang berusia 34 minggu dan mangsa wanita cedera parah.

Semalam, tular sebuah video rakaman kamera papan pemuka kenderaan berdurasi 16 saat memaparkan kejadian muatan sebuah treler sedang bergerak terjatuh menghempap kereta yang sedang bergerak dari arah bertentangan. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan