24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKM arah jualan sos pasta Prego dihentikan serta-merta

Produk sos pasta berkrim carbonara cendawan keluaran Malaysia itu terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan penjualan produk sos pasta berkrim karbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia dihentikan serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan setelah mendapati terdapat tanda-tanda kerosakan pada produk makanan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati produk tersebut mempunyai tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

“KKM mengambil maklum isu penarikan semula. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.

“Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Noor Hisham berkata, produk yang terlibat ialah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

Beliau menggesa pengguna yang telah membeli produk tersebut agar tidak memakannya dan mereka yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.

Beliau berkata, dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham turut menyarankan oang ramai mengamalkan sikap Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan