32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Hero Batang Kali meninggal dunia akibat serangan jantung

Allahyargam antara yang terawal tiba di lokasi kejadian Batang Kali bagi membantu operasi penyelamatan walaupun lbukan berada di bawah kawasan jagaan beliau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Rawang, Abdul Aziz Usoff yang dianggap sebagai hero dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini, meninggal dunia pada Rabu.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, Allahyarham merupakan salah seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam tragedi yang mengorbankan 31 nyawa termasuk kanak-kanak pada 16 Disember lalu.

“Allahyarham seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan komited terhadap tugas serta tanggungjawab terutama ketika melakukan operasi kebombaan.

“Malah, beliau antara yang terawal tiba di lokasi kejadian Batang Kali bagi membantu operasi penyelamatan walaupun tragedi berkenaan bukan berada di bawah kawasan jagaan beliau,” katanya pada Khamis.

Difahamkan Allahyarham jatuh pengsan di kediamannya di Rawang.

Norazam berkata, Allahyarham yang berusia 49 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 7.55 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Siti Mardhiah Nayan @ Ahmad serta empat cahaya mata lelaki.

Abdul Aziz yang yang berasal dari Kampung Banggol Penyegat, Karangan, Kulim di Kedah sudah berkhidmat dengan pasukan JBPM selama 15 tahun.

“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ittihad, Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah, jam 9.30 malam,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan