25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Anggota polis maut digilis kenderaan

Motosikal mangsa rosak di bahagian kanan hadapan, lampu belakang dan lain-lain.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis maut selepas digilis sebuah kenderaan di Kilometer 37.7 Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) menghala ke utara, di Sepang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Amirul Faiz Mohammad Ali, 31, yang bertugas di Istana Negara disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Jalan Duta.

“Motosikal jenis SYM ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan, sebelum mangsa terjatuh di atas jalan di lorong paling kanan.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti menggilis mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Polis perjelas isu tular khemah diguna untuk majlis berunsur politik

Ujarnya, motosikal mangsa rosak di bahagian kanan hadapan, lampu belakang dan lain-lain.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan