27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Agong, Raja Permaisuri berkenan beratur beli KFC

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beratur bagi membeli makanan segera, KFC.

Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Padukaberdua bersama anakanda dan cucunda berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut hari ini.

“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain,” katanya hari ini.

Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.

Advertisements

Kejutan berkenaan pernah dilakukan Seri Paduka Baginda pada tahun Jun 2019 apabila baginda menikmati ayam goreng itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh, Pahang.

Keberangkatan baginda ke restoran berkenaa tanpa protokol menarik perhatian pengunjung serta netizen.

Rata-rata netizen mengagumi dan memuji kesederhanaan baginda yang disifatkan sebagai raja berjiwa rakyat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan