26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Agong bincang kerjasama ketenteraan Malaysia-UAE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, sesi menghadap dan perbincangan bermula jam 11 pagi waktu tempatan itu, Seri Paduka Baginda dan Saeed telah menyentuh kerjasama dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan UAE berdasarkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

“Sesi tersebut adalah antara aktiviti Seri Paduka Baginda dalam rangka lawatan khas ke Abu Dhabi selama empat hari yang berakhir semalam, atas persilaan peribadi Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air hari ini,” menurut Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah, kelmarin berkenan menyaksikan perjanjian antara syarikat Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di Abu Dhabi.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan