26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

UMNO Johor tolak kerjasama politik dengan DAP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berpendirian kerjasama politik tidak perlu melibatkan DAP.

Hasni yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor memberitahu, hal itu kerana pihaknya menerima dan menghormati keputusan rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, keputusan itu jelas dan menzahirkan kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

“Keputusan PRU-15 merupakan isyarat jelas rakyat kepada UMNO dan BN. Oleh demikian, UMNO Johor percaya bahawa Presiden UMNO akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

“Buat masa sekarang, keutamaan parti politik adalah membentuk koalisi (kerjasama) politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta moderat untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

“Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Justeru itu katanya, pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan UMNO.

Tegasnya, keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar UMNO kembali diyakini semua rakyat Malaysia.

“Melangkah ke depan, UMNO dan BN Johor akan terus diperkukuh. Oleh itu, keputusan PRU15 di Johor akan diteliti secara mendalam agar penambahbaikan dapat segera dilakukan,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan