25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pertemuan PH-BN gagal capai kata sepakat – Annuar

Ramai pemimpin akar umbi bersetuju UMNO dan BN kekal tidak menyokong mana-mana parti, sebaliknya kekal memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini gagal menghasilkan keputusan yang dimahukan.

Malahan sebaliknya, beliau berkata, pertemuan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur itu menjelaskan wajah-wajah dan belang para pemimpin yang pro-DAP atau PH.

“Ramai pemimpin akar umbi bersetuju UMNO dan BN kekal tidak menyokong mana-mana parti, sebaliknya kekal memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa.

“Kita kini berpeluang perhatikan belang masing-masing dan menunjukkan warna sebenar untuk kita nilaikan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau mengulas pertemuan antara para pemimpin PH diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta para pemimpin UMNO dan BN di hotel tersebut hari ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukanlah pertemuan yang dirancang sebaliknya Anwar dan para pemimpin PH ‘bertandang’ ke program BN di hotel tersebut.

Sementara itu Annuar berkata, tempoh masa yang diberikan oleh parti-parti dan parti gabungan menyerahkan status rundingan bagi pembentukan kerajaan Persekutuan sehingga 2 petang ini tidak mencukupi bagi Zahid.

Ini kerana, sehingga kini Zahid masih lagi belum mencapai kesepakatan berhubung pembentukan kerajaan dan rundingan masih lagi berlangsung.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan