31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

KJ ucap terima kasih kepada pengundi Sungai Buloh

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berjaya mengurangkan majoriti kepada 2,693 undi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada para pengundi Sungai Buloh yang memberi sokongan kepada beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semalam.

Bekas Menteri Kesihatan itu yang tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan tetap berpuas hati apabila berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi parti itu sebelum ini.

Dalam PRU-15 semalam, Khairy tewas dengan majoriti 2,693 undi sahaja berbanding 26,634 yang dimenangi R. Sivarasa pada PRU-14 lalu.

“Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Datuk Ramanan dan selamat berkhidmat.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Ia adalah satu anugerah terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat kepada anda sebagai Menteri Kesihatan ketika pandemik Covid-19 melanda,” katanya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   Operasi penguatkuasaan larangan merokok diperketat - Khairy

Ramanan memperoleh 50,943 undi dalam persaingan tujuh penjuru manakala Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau memperoleh 48,250 undi manakala Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional (PN) memperoleh 29,060 undi.

Empat lagi calon masing-masing daripada Pejuang, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan dua calon bebas masing-masing hilang wang deposit apabila memperoleh kurang daripada 1,000 undi.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Import telur atasi kekurangan bekalan – Mat Sabu

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan telur dalam negara dengan kadar segera bagi keterjaminan bekalan...

Lagi Artikel Berkaitan