25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tak salah bercita-cita jadi PM – KJ

Jika diberi peluang Khairy juga ingin mengemudi kerajaan kita.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyatakan tidak menjadi kesalahan mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Tidak salah mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri,” lapor BH Online hari ini.

Demikian kata Khairy ketika ditanya mengenai kenyataannya yang mana beliau bersedia untuk memimpin negara dan menjadi perdana menteri.

“Saya cuma memberi bayangan untuk berkhidmat demi negara dan rakyat. Jika diberi peluang saya juga ingin mengemudi kerajaan kita.

“Kita nak tunjuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin yang boleh menerajui kerajaan suatu hari nanti,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kesihatan ditemui selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya, di sini, pagi ini.

Mengulas mengenai pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat pengisytiharan harta sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Khairy berkata:

“Saya sebut dari awal yang mana isytihar harta penting. Saya tidak ada masalah isytihar harta. Ini amalan kita dari dulu. Saya dah buat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka juga sudah menyenaraikan menteri lain juga.

“Saya pun tersenarai dalam julat harta yang sudah dipersetujui oleh SPRM mengikut pengisytiharan harta saya. PKR nak buat tak apalah. Rakan dalam PKR (Pakatan Harapan) pun tak buat.

“Masing-masing ada pendirian. Pendirian kami dibuat selepas dilantik pada jawatan kerajaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan