29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

LRT tergendala: KTMB sediakan pilihan alternatif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan dua pilihan alternatif bagi pengguna pengangkutan awam ke pusat bandar berikutan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, sejak Rabu lepas.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan perkhidmatan Skypark Link dari terminal Skypark di Subang.

“Perkhidmatan ini juga berhenti di stesen integrasi dengan Rapid KL iaitu Stesen Subang Jaya, Abdullah Hukum, KL Sentral, Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra,”katanya.

Menurut KTMB, sebagai pengendali pengangkutan awam, pihaknya terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Rapid KL dalam menyediakan kesalinghubungan perkhidmatan rel yang cekap buat pengguna.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang KTMB atau melalui aplikasi MyRailtime untuk maklumat lanjut berkenaan jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter dan Skypark Link. – BERNAMA

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan