34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Skandal projek LCS : SPRM jumpa Raja Petra minggu depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu penulis blog Raja Petra Kamarudin minggu depan berhubung dakwaannya mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berkata pegawainya memerlukan sedikit masa untuk bersedia untuk bertemu penulis blog itu kerana ia perlu diadakan di luar negara.

“Kita tetapkan masa, tarikh dan tempat dan perkara itu sedang dibincangkan untuk kita ambil kenyataan daripada beliau.

“Saya percaya minggu depan, pegawai saya boleh bertemu Raja Petra,” katanya memetik laporan The Star.

Ditanya mengapa pertemuan itu perlu diadakan di luar negara, Azam menegaskan ini kerana penulis blog itu tidak dapat pulang ke Malaysia.

Advertisements

Raja Petra mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit berkaitan projek LCS.

Beliau mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerima wang itu dalam lapan pembayaran berperingkat antara 2012 dan 2013.

Dia juga mendakwa mempunyai dokumen dan bukti yang mengaitkan Ahmad Zahid dengan skandal itu.

Raja Petra telah membuat dakwaan itu dalam video yang disiarkan di laman webnya pada Selasa.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan