24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Negara perlukan kerajaan stabil hadapi krisis ekonomi

Mesti Baca

MALAYSIA memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh bagi menghadapi krisis ekonomi global yang dijangka melanda pada tahun tahun depan, kata seorang pakar ekonomi, hari ini.

Prof Madya Dr Yusof Saari yang juga Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) berkata, dengan adanya kerajaan yang stabil dan kukuh ia akan meningkatkan kecekapan tadbir urus dalam memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia ditambah dengan persekitaran politik yang tidak menentu telah memberikan tekanan yang kuat terhadap ekonomi negara.

“Ini menyebabkan pengucupan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 5.5 peratis di mana perkara ini tidak pernah berlaku semenjak kemerdekaan Malaysia.

“Ini disebabkan oleh tadbir urus ekonomi yang tidak cekap semasa tempoh pandemik seperti langkah penutupan perniagaan yang lama tanpa mengira aspek sosio-ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

PROF MADYA DR YUSOF SAARI

Yusof berkata, pada tahun ini, ekonomi dunia menunjukkan unjuran pertumbuhan pada kadar 2.9 peratus berbanding unjuran awal iaitu sebanyak 5.7 peratus.

Advertisements

Katanya, situasi tersebut tidak jauh berbeza pada tahun 2023 dan 2024 yang mana unjuran ekonomi dunia hanya pada kadar 3 peratus setahun.

“Sebagai negara kecil yang terbuka dan berdagang, kelembapan ekonomi dunia akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan akan menarik ke bawah proses pemilihan ekonomi secara menyeluruh termasuk ‘pemulihan’ kos sara hidup,” katanya.

Yusof berkata, dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang bergerak erlahan serta fasa krisis ekonomi global pada tahun hadapan menjadi penguat utama pembubaran Parlimen amat diperlukan ketika ini dalam menyediakan persekitaran politik yang stabil.

Katanya, ia juga bertujuan untuk memastikan Malaysia telah bersedia menghadapi krisis ekonomi tahun hadapan.

Malaysia akan mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan