31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Kestabilan politik bantu perkukuh tadbir urus banjir

Pemberian bantuan wang ihsan dan misi pengurusan banjir merupakan antara inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan.

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh DR MUHAMMAD DAANIYALL ABD RAHMAN

KESAN kerugian akibat bencana banjir mencecah berbilion ringgit.

Pada tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6.1 bilion yang meliputi kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan infrastruktur.

Selain itu, dalam Bajet 2023, pihak kerajaan juga telah menyediakan peruntukan melebihi RM1 bilion untuk tujuan pelaksanaan projek tebatan banjir serta operasi dan misi bantuan bencana banjir.

Selain itu, merujuk kepada kajian penyelidik dari Universiti Malaya, episod bah di Terengganu pada tahun 2014 telah dianggarkan mampu mengurangkan potensi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sehingga 1.5 peratus.

Ini bermakna banjir yang berlaku saban tahun telah memberikan impak negatif kepada ekonomi disebabkan kerosakan harta benda, gangguan kepada kelancaran aktiviti ekonomi dan mengurangkan punca pendapatan rakyat.

Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 telah menggariskan keperluan memperkukuh tadbir urus risiko bencana untuk mengurangkan kesan kepada kehidupan, kesihatan, alam sekitar dan ekonomi.

Baca juga:   UMNO berjaya dapat penangguhan pemilihan parti

Dalam situasi semasa, negara memberikan fokus kepada intervensi jangka masa pendek dan panjang untuk memberikan perlindungan kepada rakyat yang mudah terdedah kepada risiko banjir.

Pemberian bantuan wang ihsan dan misi pengurusan banjir merupakan antara inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan.

Tambahan daripada itu, bagi membina daya tahan negara untuk beradaptasi dengan perubahan iklim, strategi jangka masa panjang telah diambil antaranya melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir sehingga tahun 2030 bernilai RM15 bilion yang meliputi pelaksanaan projek tebatan banjir, pembinaan kolam takungan dwifungsi dan naik taraf sistem ramalan cuaca.

Baca juga:   SPR bermesyuarat hari ini, tentukan tarikh penting PRU15

Selain itu, inovasi baharu juga sedang digiatkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Menyedari impak bencana banjir bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, perlindungan kepada pendapatan rakyat turut diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Sistem perlindungan sosial yang fleksibel melalui mekanisme pindahan risiko bencana, termasuk insurans risiko bencana akan dikaji pelaksanaannya bagi mengurangkan liabiliti pasca bencana, selain membantu meringankan beban kewangan kerajaan.

Walau bagaimanapun, pengurusan krisis banjir memerlukan kepada satu ekosistem tadbir urus bersepadu yang dibentuk melalui penglibatan komitmen politik, serta penyertaan dan penyelarasan rangkaian pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

Bagi merealisasikan sasaran jangka masa pendek dan panjang ini, negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan pengurusan banjir boleh ditransformasikan kepada bentuk pengurusan yang holistik dan dilaksanakan secara mampan dan inklusif supaya kebajikan dan keselamatan rakyat terus terpelihara.

Baca juga:   Polis pantau lebuh raya dengan Op Lancar, Op Had Laju

  • Penulis adalah Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA).

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan