26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Papan iklan silap ejaan ‘Berat sama dipukul…’ diturunkan

Papan iklan tersebut telah diturunkan pada Jumaat lalu, dua jam selepas ia dipasang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) mengakui berlaku kesilapan ejaan di papan iklan kempen pilihanraya mereka di Parlimen Kluang.

Susulan itu, papan iklan berkenaan mengandungi peribahasa Melayu yang disilap eja ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’ sudah diturunkan parti itu.

Peribahasa berkenaan yang membawa maksud saling membantu ketika senang atau susah, sepatutnya berbunyi ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lalu sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

“Papan iklan ini telah diturunkan pada Jumaat lalu, dua jam selepas ia dipasang. Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan terbabit.

“Dalam papan iklan itu, kami ingin menunjukkan kepada orang awam usaha-usaha yang telah kami jalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam Facebook, semalam.

Beliau berterima kasih kepada mereka yang telah menegur kesilapan berkenaan sehingga pihaknya boleh membuat pembetulan segera.

“Kami juga berharap orang awam dapat melihat usaha-usaha yang telah dijalankan berbanding kesilapan yang telah berlaku. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang ambil peduli dan hantar mesej nasihat. Kami akan terus memperbaiki kekurangan ini,” katanya.

Terdahulu, hantaran mengenai kesilapan ejaan pada papan iklan itu dikesan dimuatnaik semula di media sosial sejak malam tadi hingga mengundang kecaman ramai.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan