29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

BN perlu lebih terbuka, tidak menyulitkan – Annuar

Percubaan menghalang titah yang telah di keluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang Agong daripada menyempurnakan tugas Baginda.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEWAJARNYA Barisan Nasional (BN) lebih terbuka dan telus dengan orang ramai kerana ini adalah perkara menyentuh kepentingan ramai.

Ini ekoran, permohonan penangguhan sekali lagi yang dilaporkan dibuat dari parti itu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang dijadual hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, malam tadi diberitakan BN mahu memohon untuk menangguhkan sekali lagi titah mengadap 30 ahli parlimennya.

“Titah mengadap adalah saperti yang dimaklumkan melalui kenyataan rasmi Istana Negara. Ini menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat tentang apakah yang sebenarnya sedang berlaku, terutama dalam BN itu sendiri.

“Percubaan menangguhkan ini bukan saja dilihat sebagai perbuatan ingkar titah, tetapi juga menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam BN itu sendiri.

“Hal ini patut di jelaskan kepada orang ramai. BN sepatutnya tidak menyulitkan Agong menyempurnakan tugas Baginda, namun kini jelas ada sesuatu yang tidak kena di pihak BN dan bukannya Istana Negara,”katanya hari ini.

Beliau berkata, beberapa pemimpin utama BN, khususnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen MCA, MIC, PBRS dan sejumlah besar Ahli Parlimen BN telah menyatakan secara terbuka mereka menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mempertahankan Dasar Parti, ‘No Anwar, No DAP’.

“Ini menjadi bukti Anwar sudah gagal mendapat cukup bilangan kerana beliau memerlukan sekurang kurangnya 27 daripada 30 Ahli Parlimen BN,”katanya.

Dakwa Annuar Musa, terdapat pihak yang kini cuba melengah-lengahkan titah mengadap,kerana jika itu berlaku, sudah pasti rancangan dan komplot Murid dan Guru akan gagal.

“Penangguhan,jika di perkenankan akan meletakkan Agong dalam keadaan serba salah dan mungkin dituduh berkerjasama dengan satu pihak yang tertentu, sedangkan kita tahu Baginda hanya mahu perkara ini di sempurnakan dengan baik dan berperlembagaan,”katanya.

Katanya, percubaan menghalang titah yang telah di keluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang Agong daripada menyempurnakan tugas Baginda.

“Ini bakal mendedahkan Istana Negara kepada pelbagai tuduhan yg tidak wajar. BN perlu telus dengan memberi maklum balas dan perkara sebenar.

“Hal ini juga meletakkan BN sebagai parti yang dilihat berterusan menimbulkan masalah kepada rakyat,bukan menyelesaikan masaalah rakyat.

“Inilah juga antara sebab BN ditolak rakyat.Semuanya berpunca dari individu.Parti menanggung akibatnya.Belum cukupkah lagi kerosakan yg telah dibawa kepada parti ini?,”soal Annuar. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan