29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

ABIM bimbang sentimen perkauman semarak selepas PRU-15

Dalam Islam serta fahaman-fahaman agama lain di dunia tidak pernah menghasut para penganutnya untuk membenci antara satu sama lain.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) bimbang dengan sentimen perkauman yang bersemarak susulan berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru lalu.

Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim berkata, dalam Islam serta fahaman-fahaman agama lain di dunia tidak pernah menghasut para
penganutnya untuk membenci antara satu sama lain.

“Hakikatnya, kebencian terhadap kelompok yang berbeza itu terbit dari sikap taksub serta tertutup terhadap kepelbagaian serta perbezaan yang wujud.

“Dalam hal ini ABIM menyambut baik ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta warga Malaysia yang prihatin untuk membanteras gejala ini yang dilaporkan merebak menerusi aplikasi media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, ABIM menyeru umat Islam agar merujuk model yang digagaskan ilmuwan terkemuka, Al-Biruni untuk berinteraksi antara agama serta kaum yang berbeza.

Baca juga:   Kemelut Perak selesai selepas Zahid minta maaf, Shaarani bakal MB

“Ini meliputi konsep saling mengenali untuk memadam sebarang prasangka yang menutup ruang dialog.

“Model ini mengingatkan kita untuk saling berkenalan serta tidak mengasingkan diri dalam kelompok sendiri semata-mata. Setiap kekurangan itu harus ditanggapi kepada perlakuan individu.

“Hal ini turut meliputi sikap negatif serta kelakuan buruk yang tidak seharusnya dijustifikasikan untuk menghukum sesuatu
kaum serta pegangan agama tertentu,” katanya.

Zairudin berkata, ABIM sejak 2014 telah menggerakkan agenda Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (PCVE) bersama antaranya Kementerian Belia & Sukan, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman serta Kementerian Luar Negeri.

Baca juga:   Muhyiddin tuduh pemimpin UMNO punca imej negara terjejas

“Sehubungan dengan itu, mulai hari ini ABIM menggerakkan pula kempen tanda pagar KitaKawan #SebarkanSalam #TolakKebencian #SayangiMalaysiaku sebagai peringatan terhadap keharmonian hidup yang dirintis sekian lama serta perlu dipertahankan daripada dibakar dengan api perkauman oleh pihak yang berkepentingan sempit,” katanya.

Menerusi kempen tersebut, ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan warna kulit, fahaman agama mahupun ideologi politik untuk bersama-sama memuatnaik gambar mahupun video berunsur perpaduan kaum di media sosial masing-masing dengan tanda pagar yang disebutkan di atas.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk membawa mesej kasih sayang dan menjauhi kebencian,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Pilihan Pagoh dan perjuangan saya - Muhyiddin

Wartawan

Terkini

Misi banjir: PDRM terima bot daripada 7-Eleven Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah "inflatable boat" daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi...

Lagi Artikel Berkaitan