31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bekas isteri MB Perlis buat tuntutan RM15.34 juta

Sova turut mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM344,250 atas dakwaan beliau tidak diberikan nafkah semasa dalam tempoh perkahwinan mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan tanpa sebab, April lalu.

Menurut kenyataan diperoleh pihak media, Sova Ali, seorang warga Indonesia, menuntut mutaah RM15 juta daripada Azlan, yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong kerana mendakwa diceraikan tanpa sebab dan tanpa kebenaran mahkamah.

Sova turut mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM344,250 atas dakwaan beliau tidak diberikan nafkah semasa dalam tempoh perkahwinan mereka.

Beliau juga akan memfailkan tuntutan harta sepencarian bagi memperoleh pelbagai aset yang dimiliki dalam tempoh perkahwinan mereka di Selangor, Perlis dan luar negara selain tuntutan nafkah idah yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.

“Kedua-dua kes (tuntutan) ini telah ditetapkan untuk Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 15 Disember ini,” menurut kenyataan itu seperti dilaporkan Bernama.

AZLAN MAN

Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Sova, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Rashidah Sapingi @ Shafie membenarkan pihaknya menyerahkan saman dan penyata tuntutan di luar Selangor iaitu di Perlis.

Pada 25 Ogos lalu, pasangan itu disahkan bercerai oleh Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim dengan talak satu pada prosiding yang berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Abdullah Zuhdee mengesahkan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung perceraian yang dilafazkan oleh Azlan di Jakarta, Indonesia pada 23 April lalu.

Azlan, 63, dan Sova, 40, berkahwin pada 21 Mac 2010 di Perlis namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan