24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Wanita maut, seorang lagi parah dirempuh pemandu mabuk

Hasil ujian yang dijalankan terhadap pemandu adalah positif di bawah pengaruh alkohol.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut, manakala seorang lagi wanita parah selepas dilanggar pemandu kereta mabuk ketika melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, Kajang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kaunter aduan pejabat pertanyaan Balai Polis Trafik Kajang terima panggilan memaklumkan kejadian kemalangan itu pada jam 8.15 malam.

Menurutnya, dalam kejadian ini pemandu dari Kajang Sentral dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sri Langat, Kajang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu terbabit melanggar dua wanita yang sedang melintas jalan kemudian melanggar dua kereta yang diletakkan di hadapan sebuah restoran.

“Akibat daripada kemalangan itu, seorang mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Serdang manakala seorang lagi mangsa yang turut cedera parah menerima rawatan di Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, pemandu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk menjalani ujian saringan awal kandungan alkohol.

Advertisements

Menurutnya, hasil ujian yang dijalankan terhadap pemandu adalah positif di bawah pengaruh alkohol.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kemalangan  berlaku, sama ada terdapat unsur lain,” katanya

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di Kajang atau menghubungi terus pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Feaisal Mokhtar di talian 012-9454655 bagi membantu siasatan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan