25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tiada cadangan perkenal GST – Tengku Zafrul

GST yang dilaksanakan di lebih 160 buah negara terbukti lebih baik bagi membolehkan negara menjana pendapatan lebih stabil dan pengurusan cekap dan berkesan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak bercadang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) buat masa ini meskipun mekanisme itu antara langkah terbaik bagi menambah pendapatan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perlaksanaan cukai itu memerlukan perbincangan di peringkat Kabinet dan dibentangkan di Parlimen.

Menurut beliau, GST yang dilaksanakan di lebih 160 buah negara terbukti lebih baik bagi membolehkan negara menjana pendapatan lebih stabil dan pengurusan cekap dan berkesan.

“GST ini lebih efisien dan mengurangkan ketirisan, malah ia dapat membantu membangunkan sesebuah negara seterusnya membantu kehidupan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dan hari keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu digunakan pembangkang sebagai ‘modal’ untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Tengku Zafrul, pada masa ini kutipan cukai negara kurang 11 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paling rendah di Asia Tenggara berbanding tahun sebelum ini.

“Tetapi ini tidak bermakna kita perlu laksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi dalam jangka masa panjang apa yang penting ia bukan membebankan rakyat, sebaliknya untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan tetap diteruskan sekiranya kerajaan sedia ada kekal mentadbir negara ini.

“Ini termasuk fasa terakhir bantuan itu pada Disember ini yang akan disalurkan mengikut jadual ditetapkan.

“Niat kerajaan adalah mahu terus membantu meringankan beban rakyat terutama dalam ekonomi tidak menentu,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan