26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anak muda usah terpesona janji manis lawan BN

Pelbagai janji manis untuk anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang hanya propaganda meraih undi perlu dijadikan iktibar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANAK muda dinasihatkan untuk tidak terpesona dengan kelicikan lawan Barisan Nasional (BN) bermain populis.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai janji manis untuk anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) – 14 yang hanya propaganda meraih undi perlu dijadikan iktibar.

“Janji mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan percuma sepenuhnya, mahu bawa kumpulan muzik tertentu ke Malaysia.

“Konon akan wujudkan 1 juta pekerjaan, ‘bawa pulang’ rakyat bekerja di Singapura dan banyak lagi.

“Saksikan juga ketidakstabilan dibawa lawan BN kepada negara sepanjang mereka diberi peluang jadi kerajaan,” kongsinya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan pengundi muda perlu pastikan kestabilan, kemakmuran kembali terbentuk demi masa depan mereka.

“Ingatlah Malaysia amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh lagi berkemampuan dari sekarang.

“Dunia diramal berdepan kemelesetan ekonomi global pada tahun 2023 (hadapan) oleh banyak badan antarabangsa.

Berbanding gabungan politik lain menurut beliau, BN dengan pengalaman mentadbir negara mampu mendepaninya.

Advertisements

“Tanpa kerajaan yang kukuh, stabil dan berkemampuan, golongan muda antara yang paling terjejas.

“Peluang pekerjaan dan kerjaya untuk mereka semakin terhad. Peluang memiliki kediaman semakin terkesan,” katanya.

Ujar beliau lagi, peningkatan kos sara hidup yang gagal ditangani oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan bertambah merisaukan.

“Majlis Pemulihan Negara yang asas kewujudannya sejak 4 September 2021 adalah politik.

BN menang mutlak kerajaan akan kembali berfungsi sebagai sebuah pasukan tanpa ugutan dan tuntutan politik.

Sekaligus menurut beliau, memudahkan usaha membentengi rakyat daripada impak kemelesetan ekonomi global.

“Ramalan kemelesetan ekonomi dunia berbaki beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Buatlah pilihan yang tepat pada PRU15 yang amat penting dalam menentukan hala tuju negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan