29.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Rakyat tak perlu bimbang amaran cuaca buruk dari AS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AMARAN cuaca buruk dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini tidak perlu dibimbangi orang ramai, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan menjelaskan amaran yang dikeluarkan oleh kedutaan AS itu adalah susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada pertengahan November 2022 hingga Mac 2023.

Bagaimanapun, MetMalaysia menyarankan orang ramai agar bersiap sedia sewajarnya bagi menghadapi fasa cuaca tersebut.

“Orang awam juga disarankan mengikut arahan agensi-agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.

“MetMalaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropika.

Baca juga:   6 kali amaran cuaca MET Malaysia tidak diendahkan

“Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga AS di Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web iaitu www.met.gov.my aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta talian utama di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalamai hujan lebat dalam tempoh fasa cuaca itu.

Ia boleh mengakibatkan banjir terutama di kawasan rendah selain risiko bencana lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut. – Edisi 9

Baca juga:   Pertimbang pendapat pakar perubatan, tunda PRN Melaka

Wartawan

Terkini

KLIA, LGK kekal lapangan terbang terbaik dunia

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia berdasarkan...

Lagi Artikel Berkaitan