25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Peranan pengetua penting terajui SMKA, SABK – Radzi Jidin

KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen dan nilai murni.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGETUA dan guru besar memainkan peranan penting dalam menerajui kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, selain itu, peranan berkenaan juga adalah bagi melancarkan pelaksanaan dasar pendidikan.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen dan nilai murni.

“Ini termasuk penerapan dan amalan ajaran Islam, termasuk menekankan kepentingan kepimpinan yang bersih, amanah, prihatin dan pada masa yang sama cekap dan profesional.

“Ingatlah bahawa generasi yang hebat akan sentiasa melahirkan generasi seterusnya yang lebih hebat,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena Majlis Perasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM ke-6 tahun 2022 di Hotel Summit USJ, malam tadi.

Radzi ketika beramah-mesra dengan tetamu yang hadir sempena Majlis Perasmian Mustaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Agama KPM ke-6 tahun 2022 di Hotel Summit USJ, malam tadi.

Majlis berkenaan disertai hampir 400 orang Pengetua dan Guru Besar serta pegawai KPM.

Advertisements

Dalam pada itu, Radzi mengingatkan kesemua warga KPM khususnya pengetua dan guru besar SMKA dan SABK untuk melaksanakan sebaik mungkin amanah yang diberikan demi memastikan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pengetua dan guru besar SMKA dan SABK.

“Semoga terus istiqamah dan komited dalam membentuk generasi baharu dengan peribadi yang baik dan berilmu pengetahuan,” kongsinya.

Untuk rekod, SMKA dan SABK kini semakin menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke peringkat pengajian menengah.

Sekolah ini menekankan pengajian dan pemupukan budaya Islam, bukan hanya dalam pengajian bahasa Arab, tulisan jawi dan al-Quran, bahkan aktiviti berasaskan nilai Islam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan