31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Muhyiddin perjelas kenapa PN tak setuju pilihan raya sekarang

Bukanlah disebabkan takut atau gentar untuk bertanding tetapi keprihatinan terhadap kesusahan hidup dan keselamatan nyawa rakyat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan sebab utama perikatan berkenaan tidak setuju pilihan raya diadakan sekarang.

Muhyiddin berkata, bukanlah disebabkan takut atau gentar untuk bertanding tetapi keprihatinan terhadap kesusahan hidup dan keselamatan nyawa rakyat kerana diadakan pada musim hujan atau tengkujuh yang kemungkinan membawa kepada banjir besar.

“Bayangkanlah jika diadakan ketika musibah banjir melanda, bagaimana kerajaan hendak mengurus perjalanan pilihan raya dan pada masa yang sama sibuk mengangkut mangsa ke pusat pemindahan banjir, menjaga kesihatan dan keselamatan nyawa penduduk terlibat, menyediakan makan minum mangsa dan memastikan setiap mangsa mendapat hak untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Situasi sebegini pada saya sudah tentu tidak munasabah dan menyusahkan hidup rakyat yang sebelum ini sudah terkesan teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   PH tak pernah bersama PM kecuali demi muslihat - Ahmad Zahid

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan selepas menyertai Jelajah Prihatin PN Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Program berkenaan diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat tentang beberapa isu semasa khususnya pembubaran Parlimen yang membawa kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

Bagaimanapun menurutnya oleh kerana keputusan sudah dibuat beliau menyeru seluruh rakyat agar dapat keluar mengundi beramai-ramai bagi memilih PN, sebuah parti yang prihatin nasib dan nyawa hidup rakyat.

Malah menurut beliau, PN menentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

Baca juga:   Kerajaan gerak ATM, Rela bantu polis jika banjir

“Marilah kita gunakan peluang ini untuk memastikan kerajaan yang akan dibentuk nanti bukan lagi diterajui oleh parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terus terpalit dengan isu-isu integriti sebaliknya sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan tentang nyawa dan nasib rakyat iaitu Perikatan Nasional

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tunda lebih 400 kenderaan buruk di Putrajaya sejak 2016

PERBADANAN Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah menunda lebih 400 kenderaan tersadai di...

Lagi Artikel Berkaitan