Wednesday, July 22, 2026

MAVCOM pantau trend harga tiket penerbangan menjelang PRU

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (MAVCOM) selaku pengawalseliaan akan memantau harga tiket penerbangan dari semasa ke semasa terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, menjelang PRU15, setiap rakyat berhak untuk bergerak ke mana-mana destinasi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Oleh itu, syarikat penerbangan disarankan agar turut bersama memainkan peranan dengan memastikan penerbangan ke destinasi penumpang sentiasa tersedia,”katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, pihak berkuasa pula perlu  mempermudahkan proses-proses berkaitan penambahan jadual penerbangan yang dipohon mengikut keperluan.

“Sebagai contoh, seperti yang dilaporkan, Malaysia Aviation Group telah pun mula menyediakan lebih banyak lagi penerbangan,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut menasihat orang ramai supaya membuat tempahan awal bagi mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah serta memanfaatkan promosi yang ditawarkan.

“Elakkan daripada membeli tiket di saat akhir sebelum melakukan perjalanan,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan