29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jasa, sumbangan Samsuddin kepada DUN Sekong dihargai – PM

Allahyarham Samsuddin Yahya meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JASA dan sumbangan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya kepada pembangunan di DUN Sekong dan juga negara akan sentiasa dihargai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, allahyarham Samsuddin merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong selama tiga penggal.

“Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, saya mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin.  Al-Fatihah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

Allahyarham Samsuddin Yahya meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, hari ini.

Advertisements

Berita duka itu dikongsikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya.

“Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham Dt Hj Shamsudin Yahya, ALLAH letakkan bersama orang-orang soleh dan beriman.

“Takziah kepada Datin Junaidah Aji dan seluruh keluarga, diharap tabah menerima dengan kehendak ALLAH.

“Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali,”kongsinya dalam Facebook.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan