30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM komited martabatkan bahasa kebangsaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan komitmen untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap program yang dilaksanakan.

Bahkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM akan memastikan bahasa kebangsaan itu digunakan dengan struktur yang baik agar mesej yang disampaikan dapat difahami dan dihayati.

“Di peringkat KPM berkaitan penggunaan bahasa yang baik dalam polisi dan dasar yang dirangka, ia memerlukan penggunaan struktur bahasa yang baik supaya mesej dapat difahami dan dihayati mereka yang membacanya

“Paling penting segala perkara yang hendak disampaikan dalam dokumen dapat difahami oleh mereka yang membacanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Radzi berkata, mereka yang menguasai sesuatu bahasa dengan baik mempunyai kelebihan berbanding dengan mereka yang tidak menguasainya.

“Tahap penguasaan bahasa yang baik bergantung kepada konteks bidang bahasa itu sendiri

“Tadi saya sentuh jika bercakap tentang penulisan puisi sebagai contoh tentunya berbeza pendekatan, begitu juga dokumen rasmi kerajaan.

“Sebab itu setiap bidang bahasa ini ada keperluan pihak berkaitan menguasai dalam menyampaikan mesej berdasarkan bidang yang mereka kuasai,” katanya.

Dalam pada masa, beliau berkata, apabila bercakap penguasaan bahasa, anak-anak kecil perlu mendapat asas yang jelas dan kukuh.

“Pemilihan perkataan sebagai contoh, selain kokurikulum, kita mahu anak-anak dalam konteks bahasa dapat menguasai bahasa dalam skop yang lebih meluas.

“Cara penulisan puisi misalnya, memerlukan satu penelitian, perkataan dan sebagainya, usaha ini akan terus ditingkatkan begitu juga kokurikulum.

“Tidak kiralah dalam apa-apa bahasa sekalipun, kalau ada asas, kukuhkan asas tersebut, jika bahasa kebangsaan tidak dikuasai dan diperkukuhkan, rugilah kita. Sama juga dengan bahasa lain,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan