25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bubar Parlimen jalan terbaik hadapi ahli politik tidak berdisiplin

Ini susulan tindak tanduk 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) yang menjadi punca serta-merta sekaligus mencetuskan isu ketidakpercayaan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membubarkan Parlimen adalah jalan terbaik bagi menghadapi karenah ahli politik tidak berdisiplin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini susulan tindak-tanduk 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menjadi punca serta-merta sekaligus mencetuskan isu ketidakpercayaan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri lantikan Seri Paduka Baginda.

“Hari ini, Mahiaddin Yassin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menafikan pula tindak-tanduk kelompok mereka menyebabkan Perdana Menteri terpaksa membubarkan Parlimen.

“Sedangkan Perdana Menteri menegaskan tindakan 12 Menteri bersikap tidak wajar mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri lantikan Baginda dan mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan Baginda menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air.

“Sedangkan perkara ini boleh dibincangkan dalam Kabinet tanpa perlu terus kepada Istana Negara dan dihebahkan pula kepada awam.

“Ternyata tindakan ini adalah niat jahat musuh Barisan Nasional (BN) untuk mengaibkan Perdana Menteri daripada BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Pengerusi BN itu berkata, di sebalik penafian, Muhyiddin juga menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mendedahkan perjanjian persefahaman beliau.

“Sedangkan Bersatu sudah ada jawatan menteri kanan, menteri-menteri dan jawatan GLC.

“Tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri tersebut tidak sensitif dengan situasi pemulihan ekonomi negara dan dasar jimat cermat negara,” katanya.

Zahid berkata, Bersatu hanya memikirkan soal jawatan, pangkat dan kedudukan sahaja malah pernah mengancam untuk menekan butang bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Ismail Sabri.

Ini termasuk kenyataan terbuka Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, bahawa Perdana Menteri gagal menguruskan negara dan ekonomi dengan baik.

“Sedangkan beliau sendiri merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), pemimpin Bersatu sendiri adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Malah Muhyiddin menyarankan agar Parlimen dibubarkan atas kegagalan tersebut. Kata beliau lagi perlu ada kerajaan baharu yang lebih cekap. Namun Muhyiddin cuba menafikan kenyataannya sendiri,” katanya.

Katanya, sudah pasti, Perdana Menteri boleh sahaja memecat 12 Menteri tersebut.

“Namun ini akan membawa krisis yang lebih besar, parah dan memalukan pentadbiran negara. Ia juga akan melibatkan undi tidak percaya dan sebagainya.

“Maka, jalan terbaik untuk berdepan dengan karenah ahli kabinet tidak berdisiplin ini ialah PM pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen.

“Ini sesuai juga bagi mengembalikan mandat kepada rakyat, yang sebelum ini ramai yang melompat parti, menjawap cabaran Tan Sri Muhyiddin untuk bubar parlimen, dan memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara tidak terganggu pada masa akan datang,” katanya.

Zahid berkata, ternyata dalam tempoh tidak sampai lima tahun, akibat ketidakstabilan politik sudah terdapat tiga Perdana Menteri bertukar ganti.

“Semoga tragedi politik ini tidak berulang kembali dan perlu diingati selama-lamanya oleh rakyat jelata.

“Sedangkan rakyat sangat mahukan kerajaan yang stabil dan harmoni sesuai dengan titah Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ujar beliau, Insya-Allah apabila BN mendapat mandat besar dan kembali menerajui kerajaan perkara ini tidak akan berlaku.

“Hal ini kerana BN adalah pembawa kestabilan dan kemakmuran negara!,” katanya.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan beliau dan 12 Menteri PN sebagai punca diadakan PRU-15 sebagai tidak bertanggungjawab.

Pengerusi PN itu berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan