31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen

Jentera BN lebih mudah bergerak kerana boleh memberi fokus kepada negeri-negeri yang belum diadakan pilihan raya.

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) dilihat mempunyai sekurang-kurangnya dua kelebihan sekiranya beberapa kerajaan negeri menolak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan tersebut membuka peluang kepada BN untuk mengerahkan jentera yang lebih besar untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN), sepertimana berlaku di Melaka dan Johor.

Beliau berkata, ini kerana sekiranya DUN dibubarkan selepas enam bulan daripada tarikh pembubaran Parlimen, jentera BN lebih mudah bergerak kerana boleh memberi fokus kepada negeri-negeri yang belum diadakan pilihan raya.

“Ini formula kejayaan di Melaka dan Johor. Satu Malaysia berkampung di sana. Pilihan mereka pun tak banyak, tahun depan, ada CNY (Tahun Baharu Cina), bulan puasa, Hari Raya dan musim haji pula,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) mengesahkan negeri-negeri di bawah pentadbirannya tidak akan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen, sebaliknya akan berbuat demikian selepas tempoh berakhir, tahun depan.

Negeri-negeri tersebut ialah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Pas juga dikatakan tidak akan membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Keduanya, kata Ahmad Shabery, jika PRU-15 diadakan pada awal November tetapi tidak berlaku banjir besar, pasti negeri-negeri yang tidak mahu mengadakan PRU-15 kerana bimbang berlaku banjir akan ditertawakan.

Advertisements

“Tak fasal-fasal kena buat lagi pilihan raya enam bulan kelak.

“Heboh-heboh rupanya sebab takut, bukan sebab banjir,” katanya dalam nada sinis.

Sementara itu, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman berkata, berdasarkan sejarah pilihan raya umum di negara ini, kebiasannya diadakan selepas empat tahun bagi sesuatu penggal.

Katanya, penggal paling pendek ialah pada 1982 apabila pilihan raya umum diadakan selepas tiga tahun lapan bulan.

“Sekarang dah empat tahun enam bulan. Dah lepas edah pun. Hanya di zaman Datuk Seri Najib Razak, PRU-13 dan PRU-14 dibuat sehingga hujung penggal. Tu pun mereka tak sokong jugak,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Shabery berkata, medan politik kadang-kala umpama papan catur yang mana 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah mereka.

“BN pun kena gerakkan buahnya (catur), tengoklah pula gerak lawannya selepas itu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan