25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

7 inisiatif KPM tangani isu beg sekolah berat diterima baik

Fasa pertama pemasangan lokar di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi telah dilaksanakan pada 5 Oktober lalu melibatkan 626 sekolah seluruh negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tujuh inisiatif utama dalam menangani isu beg berat murid yang dilancarkan pada 6 Mac lalu sedang berjalan dan diterima baik di sekolah.

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pendekatan berkenaan merangkumi pertama, penyediaan lokar; kedua, penyusunan semula jadual waktu; ketiga, buku latihan; keempat, buku aktiviti dan buku kerja.

Manakala menurutnya, pendekatan kelima, buku teks digital; keenam, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta ketujuh kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya kongsikan kembali inforgrafik pendekatan KPM dalam menangani isu beg berat. Satu daripada pendekatan KPM dalam menangani perkara ini adalah penyediaan lokar.

“Alhamdulillah, fasa pertama pemasangan lokar di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi telah dilaksanakan pada 5 Oktober lalu melibatkan 626 sekolah seluruh negara.

“Pemasangan bagi fasa pertama ini akan selesai sepenuhnya akhir bulan ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Untuk rekod, Mac lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Baca juga:   Suspek panjat pagar SPRM dicekup polis

“Oleh yang demikian, ketetapan KPM yang akan dilaksanakan segera adalah seperti menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa, melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

Baca juga:   8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19

“Selain itu, bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.

“Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP.

“Penerbitan baharu buku teks dalam format digital dilaksanakan secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah yang berat yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah.

Antara inisiaitf lain termasuk menggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

Selain itu, mewujudkan kerjasama dengan JAKIM dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.

Baca juga:   Kemalangan maut: Zulkifli gesa kerajaan laksana 'diyat'

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, KPM telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat.

Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, KPM telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan antaranya, mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018.

Baca juga:   Suspek panjat pagar SPRM dicekup polis

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan