33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

5,694 mahasiswa IPMA terima Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Peranti tersebut diberikan secara hak milik kepada mahasiswa tanpa perlu memulangkannya semula kepada kerajaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 5,694 mahasiswa dari kumpulan B40 Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mula menerima peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kementeriannya menerima hampir 10, 000 permohonan daripada lima institusi IPMA.

“Peranti ini diberikan kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 bermula pada 3 September lalu, manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula telah mula diagihkan pada bulan Oktober selepas permohonan Fasa 2 dilanjutkan hingga 30 September lalu”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahdzir bergambar dengan mahsiswa yang menerima PerantiSiswa dalam Majlis Penyampaian PerantiSiswa Keluarga Malaysia peringkat KPLB di UniKL Kampus Kota, Jalan Sultan Ismail hari ini.

Jelas Mahdzir, peranti tersebut diberikan secara hak milik kepada mahasiswa tanpa perlu memulangkannya semula kepada kerajaan.

“Di peringkat IPT KPLB, mahasiswa yang menerima peranti tersebut adalah dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University College Agroscience Malaysia (UCAM), Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institute (GMI).

“Kepada mereka yang belum menerima peranti ini, saya akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri agar inisiatif PerantiSiswa ini diteruskan kepada lebih banyak institusi pendidikan di bawah KPLB yang lain.

“Antaranya seperti Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan lain-lain IPT KPLB bagi memastikan mahasiswa menerima manfaat daripada inisiatif tersebut,” katanya.

Terdahulu Mahdzir merasmikan Majlis Penyampaian PerantiSiswa Keluarga Malaysia peringkat KPLB di UniKL Kampus Kota, Jalan Sultan Ismail hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 mahasiswa dari lima buah IPMA dari zon tengah melibatkan UniKL MIIT, UniKL Business School, KUPTM KL, KPTM Bangi dan GMI menerima peranti berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi MARA Corporation Sdn.Bhd, Senator Datuk Wira Othman Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan