25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Petisyen pengampunan diraja Najib cecah 30,000 tandatangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETISYEN sembah perkenan rakyat memohon pengampunan diraja untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumpul 30,000 tanda tangan dalam tempoh lima hari sejak ia dilancarkan.

Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, tanda tangan itu dijangka terus meningkat dan jangka mencapai angka 150,000 menjelang Sabtu ini.

“Sehingga kini petisyen itu telah mencapai 30,190 tanda tangan dengan 164,730 orang telah melihat petisyen itu manakala 15,207 lagi berkongsi di lain-lain platform.

Advertisements

“Saya menjemput orang ramai pergi ke https://chng.it/D7wsLzYX untuk menyatakan sokongan anda.

“Sokongan ini sangat bermakna kerana ia merupakan manifestasi rakyat terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu, mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kes penyelewengan dana SRC International.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan