26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Penghantar barang maut, seorang parah nahas di lampu isyarat

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat di Klang, Selangor, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, seorang penunggang motosikal lain cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

“Kemalangan berlaku ketika kereta Nissan X-trail mahu membelok ke kanan jalan tersebut.

“Pada waktu itu, sebuah lagi kereta jenis sama di laluan berkenaan mahu meneruskan perjalanan lalu berlanggar.

“Dua SUV itu kemudian terbabas dan masing-masing melanggar dua motosikal serta sebuah Proton Wira di laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ujar Vijaya Rao, perlanggaran itu mengakibatkan penghantar barang meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.

“Kedua-dua pemandu SUV berusia 20 dan 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektpr Mohd. Fadli Ismail di talian 017-2141318 atau balai polis berdekatan.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan