26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Legasi projek solar hibrid Sarawak merumitkan, kata Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK solar hibrid membabitkan sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak adalah suatu yang merumitkan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti pelbagai aspek termasuk perundangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Legasi isu yang ditinggalkan (kerajaan terdahulu) sangat merumitkan dan kita kena lihat satu persatu,” katanya selepas Majlis Libat Urus Bersama Editor Kanan di Putrajaya hari ini.

Jumaat lalu, Sarawak merayu agar kerajaan meneruskan dan melengkapkan projek hibrid tersebut di negari itu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, adalah tidak wajar hak yang sewajarnya dinikmati masyarakat luar bandar Sarawak tergadai.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu mensabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas tuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Baca juga:   Najib lega tohmahan jahat blog pro-PH terjawab

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik. – Edisi 9

Baca juga:   Mangsa banjir terus berkurangan, Pahang masih tertinggi

Terkini

Pensyarah UiTM buat gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya...

Lagi Artikel Berkaitan