24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPM kenal pasti bakat sukan sepak takraw murid

Program Pengukuhan Sepak Takraw bermatlamat untuk memperkasakan pembangunan sukan sepak takraw, termasuk di peringkat sekolah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif dalam mengenal pasti bakat sukan murid menerusi Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, fasa pertama program membabitkan 150 sekolah dengan penyertaan 1,200 murid dan bimbingan oleh 10 mentor terdiri daripada jurulatih sepak takraw sekolah.

Menurutnya, program rintis untuk tahun 2022 itu akan menjadi platform pengukuhan program pembangunan sukan sepak takraw KPM pada masa akan datang.

“Program Pengukuhan Sepak Takraw ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi KPM dengan matlamat untuk memperkasakan pembangunan sukan sepak takraw, termasuk di peringkat sekolah.

“Program ini bertujuan mengenalpasti bakat murid bawah umur 12 tahun yang berpotensi untuk diketengahkan seterusnya ditempatkan di pusat kecemerlangan sukan KPM iaitu Pusat Latihan Daerah (PLD), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM),” katanya di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Ujar Radzi lagi, dalam usaha mencungkil potensi setiap murid, mereka seharusnya diberikan ruang dan peluang seluasnya untuk menonjolkan bakat dan kelebihan masing-masing.

“Ini akan membolehkan murid yang kurang menyerlah dalam bidang akademik tetapi mempunyai bakat dalam bidang sukan merasakan diri mereka dihargai serta diraikan, seterusnya menimbulkan rasa seronok untuk hadir ke sekolah setiap hari.

“KPM sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dengan menyediakan peluang bagi penyertaan dan pelibatan aktif murid dalam membentuk kemenjadian murid melalui sukan.

“Selamat maju jaya kepada anak-anak yang terlibat dalam program ini. Ambillah peluang yang ada dan lakukan sehabis baik untuk mempamerkan bakat masing-masing. Ingat pesan pak cik, Nothing Beats Hard Work!

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan