29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Keadaan Najib sihat sebelum dibenar discaj daripada HKL

KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012)

Mesti Baca

KEADAAN Datuk Seri Najib Razak adalah sihat sebelum bekas Perdana Menteri itu dibenarkan didiscaj daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semasa dimasukkan ke wad, Ahli Parlimen Pekan itu juga diberikan ubat-ubatan yang dipreskrib sama jenisnya dan berada dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM ingin memaklumkan bahawa KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

Menurut beliau, pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

“Pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau.

“Keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan professional kedoktoran. Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM. Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya.

Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dilapor akan dirujuk ke Hospital Kajang berikutan ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan beliau mengalami kesan teruk.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sri Ram berkata, keadaan Najib dilaporkan agak teruk.

“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi tertuduh ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

“Bagaimanapun, dia boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini,” katanya seperti dilapor media.

Anak Najib, Nooryana Najwa pula merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri agar membenarkan bapa beliau mendapat rawatan yang sewajarnya.

Beliau mendakwa, masalah ulser kronik yang dihidapi bapanya kembali menyerang.

“Atas dasar kemanusiaan, saya merayu beberapa pihak termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, pengurusan Penjara Kajang dan juga HKL supaya memberi perhatian diberikan terhadap isu kesihatan Najib,” katanya menerusi Instagram. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan