25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Semua agensi KPLB sudah siap sedia hadapi monsun

KPLB telah mengeluarkan SOP kepada semua agensi berkaitan sebagai langkah awal memastikan persediaan berjalan lancar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sudah bersiap sedia bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang akan bermula pertengahan September sehingga November ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua agensi berkaitan sebagai langkah awal memastikan persediaan berjalan lancar.

“Datuk KSU (Ketua Setiausaha) Ramlan Harun pagi tadi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan Perdana Menteri, jadi kita dah bersedia dengan pelbagai persiapan rapi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor di Putrajaya, hari ini.

Jelas Mahdzir, semua agensi di bawah KPLB telah ada pengalaman dalam pengurusan bencana banjir sebelum ini.

Mahdzir (dua, kiri) ketika menyampaikan watikah pelantikan kepada 212 Pengerusi JPKKP Negeri Selangor bagi sesi lantikan 2022-2023.

“Kita bersedia ke arah itu (banjir) kalau nak ada perahu, berapa perahu, kalau nak ada makanan nak cari kedai mana nak sediakan makanan. Jangan dah banjir baru hendak cari, baru nak sign kontrak, baru beli beras dan sebagainya, kedai mana semua dah sedia.

Antara agensi KPLB yang terlibat menguruskan bencana banjir sebelum ini termasuklah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR).

Musim Monsun Timur Laut dijangka bermula pada November ini hingga Mac 2023.

Sementara itu pada majlis yang sama, Mahdzir menyampaikan watikah pelantikan kepada 212 Pengerusi JPKKP Negeri Selangor bagi sesi lantikan 2022-2023.

Majlis turut dihadiri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan